Daily Tazkirah: Kesilapan Wanita Semasa 'Menutup Aurat"
Sunday, March 10, 2013 • 8:16 AM • 0 comments Assalamualaikum~Saje nak start buat benda baru, Inshaa Allah, akan berterusan tiap-taip hari (dah nama pun daily kan) >.< Semua orang pasti tahu bahawa menutup aurat itu wajib, kaum Adam dan Hawa ada bahagian badan mereka yang dikenali sebagai aurat dan aurat ini wajib ditutup! Aurat Lelaki : pusat sehingga lutut Aurat Perempuan: seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (gitu la lebih kurang, lain pulak perempuan dengan perempuan and lelaki dengan perempuan an so on) Hari ni nak concentrate on aurat wanita je dulu Biasanya,orang anggap dah tutup semua and pakai tudung tu dah kira tutup aurat la Secara generalnya memang la betul, tapi tak semestinya dengan hanya 'tutup' badan sudah dikira tutup 'aurat' Antara kesilapan wanita semasa menutup aurat ialah: 1. Bersolek dan berhias secara berlebihan (tabarruj). = Wanita pada zaman jahiliah gemar berhias secara berlebihan untuk dipertontonkan kepada orang awam. Apakah tujuan wanita bersolek? semestinya untuk kelihatan lawa kan Boleh je nak ber'make-up' ni, tapi yang ringan-ringan je la, hanya sekadar untuk menutup keaiban, bukan untuk ditunjukkan kecantikan kepada orang ramai.
"...dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu", Al-Ahzab:33
2. Bahagian dada terdedah.
= Ramai orang yang menaggap pakai tudung, tutup rambut itu menutup aurat.
Tutup aurat yang sebenar, pakai tudung tutup rambut, tutup leher, tutup dada.
Selain itu, bukan tutup sahaja, bahkan jangan menampakkan bentuk pun
Ni pakai tudung, lilit-lilit dekat leher sehingga nampak bentuk leher, tak pun sanggul tinggi
nampak bentuk sanggul rambut pun tak boleh.
Labuhkan sedikit tudung anda sehingga menutup dada anda dan tidak menampakkan bentuk.
"...dam hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka",
An-Nur:31
3. Pakaian yang ketat.
= Sama macam kes diatas, sekadar pakai baju bukan tutup aurat,
Pakaian yang dipakai hendaklah longgar, labuh dan tidak melekat di tubuh serta tidak menzahirkan
bentuk badan.
4. Pakaian nipis dan jarang
= Kalau setakat 'bentuk' badan pun tak boleh nampak, baju jarang lagi la tak boleh kan
sebab nanti nampak warna kulit atau pun bayang-bayang bentuk tu. Maka pilih la pakaian
dengan fabrik yang sesuai
Ingat-ingatlah wahai kaum Hawa. Tak perlu la pakai tudung labuh berpurdah dan jalan-jalan pakai jubah je selalu (elok la kalau gini. >.< hehe) tapi ikut kemampuan and menepati kehendak syarak.
Let's strive to become a better muslimah! <3
Assalamualaikum :D
|
MY WORDS
GIVE ME YOUR WORDS
FOLLOW ME!! BLOG ARCHIVE Visit this pages! |