>
wonderland~
ABOUT ENTRY
Kem Biology di Tanjung Chap Beach Resort
Friday, March 15, 2013 • 5:07 AM • 4 comments
Assalamualaikum~

Aku baru balik dari Tanjung Chap, ada kem, huuuh penat.
Eleh, penat, macam la aku yang join kem tu..hahah
Aku hanya pergi teman ibuku, for those who tak tahu lagi, mama I guru Biology di MRSM Pengkalan Chepa
and hujung minggu ni ada kem biology untuk beberapa pelajar tingkatan 5 MRSM PC
Tak kan la aku nak join kem Biology pulak, aku dah lepas SPM >.<

Bertolak semalam, sesart kejap nak pergi Bachok tu, lepas aku terlena, bangun-bangun dah sampai.
heheh, aku ni memang jenis tak boleh travel jauh/lama, konfem akan tidur (takde la jauh sangat pun sebenarnya :P)

selca dalam kereta semasa tengah sesat2 tu...gambar blur plus gelap..huhuh

Sampai tu dapat makan. Yay~
Makanan dekat tempat ni memang sedap sesedapnya (over.)
Aku pernah pergi tahun lepas for my own camp...

Nama je "kem" tapi duk dalam dorm gitu, banyak-banyak katil double decker, aku mama and papa duduk chalet lain la.
Tengok dari luar nampak macam kecik je chalet dia.




1 queen bed and 1 single, cukup untuk kami bertiga, luas sangat, banyak lagi tempat kosong.





Sebab dah datang agak lewat, mama bergegas ke dewan untuk supervise budak-budak manakala aku diamanahkan meniap power point mama untuk presentationnya untuk keesokan hari

Habis buat kerja, mama balik, makan McD, gosok gigi cuci muka (yang ni tak perlu cerita la kan..hik3) pastu tidur~

Sejuk sangat sebab ada aircond <3
Ku tidur dibuai bunyi laut (ok, mengarut la ni)


Baju RM19 yang dibeli di First Lady haritu..tehee~


Keesokan harinya! (hari ni la)
Mama papa bangun awal sebab slot mama start kul 7.30 gitu
Aku? masih melayan mimpi-mimpi indah ku (takde la indah mane pun, actually, tak ingat pun mimpi apa so tak tahu indah ke tak -_-)


Takde banyak cerita pun. Aku duduk dalam chalet je sepanjang hari.
Keluar masa tengahari sebab nak makan..hehe
Masa nak makan tu, tiba-tiba ada budak Nadia Syazwani melompat-lompat ke arah ku dengan excitednya.

Siapakah Nadia Syazwani? hehe
dia adik angkat aku lah..
Masa dekat MRSM PC, kitaorang ada sistem adik-kakak angkat gitu, si Nadia ni dengan malangnya di letak sebagai adik angkat ku (malang ke? tak lah, best je dapat kakak awesome macam aku ni ) >.<

Lepas tu, solat Jumaat
sepatutnya kitaorang nak balik sebelum solat Jumaat tapi sebab cikgu yang sepatutnya handle lepas slot lepas tu tak leh datang lagi, so tunggu la dulu

Papa dah pergi masjid sendiri, aku dan Mama stay dekat resort tu sambil menunggu bas untuk datang mengambil pelajar-pelajar lelaki ke masjid

Tunggu sampai 1.30pm, masih tiada bas!!
Dah la masjid tu jauh, nak jalan kaki memang tak sempat
Tiada langsung kenderaan yang boleh bawak diorang
last-last solat Zuhur je la, sebab memang takde jalan lain
kalau nak suruh diorang jalan kaki pergi masjid, alamatnya, masa diorang sampai, je maah lain dah nak balik

Kerja aku sementara menunggu Papa pulang dari masjid 
hehe, comel tak, comel tak
kalau comel sila komen, kalau tak comel pun sila komen :P

Lepas tu, singgah KB Mall nak ambik spec mata yang baru buat haritu!!

Ni gambar ambik tadi dekat food court >.<

ni gambar ambik dulu sebelum pasang cermin dia..hehe
tengok macam lawak pun ada, nak menyesal buat tak boleh
sebab dah bayar banyak so pakai je laa
takpe, still cun

Oh, kalau haritu beli baju RM19.00, tadi beli yang harga RM15.00 pulak
Yellow!!
haha, nantikan gambarnya ye :D

Takde gambar dekat pantai sebab sangat beca
You know beca?
Beca is silau okay
hahah, Me jiwa Kelantan<3

plus, angin sepoi-sepoi merosakkan tudung I
rosak tudung equals to rosak gambar
heheh

p.s : Result and driving test next week. So naling laa!! (debar, cuak, takut)








PASTFUTURE
MY WORDS
Wonderland: A magical place filled with different wonders of the world You've step into my wonderland, my world in my perspective <3.

GIVE ME YOUR WORDS


FOLLOW ME!!


BLOG ARCHIVE

  • Wordless Wednesday? Nah, not for me
  • Daily Tazkirah: 5 basic duties of a Muslim
  • Euro Chocolates
  • Review Blog~
  • Daily Tazkirah: Kesilapan Wanita Semasa 'Menutup A...
  • Segmen: Blog Review and Bloglist
  • Family Outing~
  • My battles = I'm losing!
  • Nippon Movie Marathon~
  • Late-Night Hunger

  • Visit this pages!

    Akamika Gift Blogger
    Akamika Gift Facebook page
    Baby Monster
    Saidatul Nadia
    Chasing Dream
    A Secret Journey