>
wonderland~
ABOUT ENTRY
Dua Keputusan...
Thursday, March 21, 2013 • 8:37 AM • 2 comments
Assalamualaikum :)

Sebelum ni pernah aku cakap yang minggu ni merupakan minggu yang sangat mendebarkan..
Sebab hari Rabu lepas melalui ujian JPJ untuk lesen P
Dan hari ini (Khamis) merupakan hari keluarnya keputusan SPM 2012

I'll start with the driving test first
Sangat mendebarkan. Tak nyenyak tidur malam tu, terjaga seawal 5 pagi! Debar sangat rasa macam nak tercabut jantung, tak boleh duduk diam la pagi tu, melompat habis sana-sini.

Sampai dekat Kotaraya tu, ambik nombor, tunggu giliran. Kitaorang test bahagian litar dulu.
Hampir tak jadi bukit, first tu naik tak sampai tiang, second tu hampir lupa angkat tangan.
Mujur JPJ yang jaga dekat situ bagi je pergi. Alhamdulilah, dengan tangan getar-getar, sudah lepas bukit dan berlalu ke arah parking.

Dekat parking, tersalah bawak kereta tu lebih sangat belah kiri, sampai bila undur je, terus tayar belakang kiri kena line. So, gagal...huhu
Sedih sangat yang ni, padahal parking la paling senang, orang takut 3 pnejuru atau bukit, ni benda paling senang boleh fail. Ish, sakit hati sungguh.

Lepas tu, tunggu untuk jalan raya pulak. Lama la tunggu, sampai lewat petang. Selalu orang cakap jalan raya la senang nak lulus tapi jalan raya yang aku takut, sebab masa latihan pun jalan raya yang problem banyak, aku duk target litar lulus, at least kalau kena ulang, takde la banyak sangat, tapi litar pun dah fail, tambah la debaran untuk jalan raya.

Awal-awal start jalan raya lagi dah salah, bila dah jadi gitu, tambah berdebar, habis sepanjang perjalanan bawak kereta tu tak betul, jadi macam masa mula-mula belajar dulu, teruk sangat la.
Pastu, gagal pulak. huhu

So, fail dua-dua. Serious rasa sedih, macam bodoh giler tak boleh drive elok-elok, orang lain at least lulus la salah satu bahagian, ni aku dua-dua fail. Tak dapat ku menahan kesedihan yang melampau itu, terus air mata mengalir tanpa diundang, mujur lah ada kawan-kawan yang support, masa bagitahu cikgu pun cikgu tak marah (rasanya dia sedar yang aku menangis, sebab tu tak marah kut)

Balik rumah je terus kurung diri dalam bilik, sedih laa
Dah tak sanggup nak belajar kereta manual tu lama-lama
penat duk mikir clutch, gear, clutch, gear tu..
Geram rasa nak belajar auto je, macam la aku nak guna kereta manual lepas ni, kereta manual pun tak pernah ada. huhhh, sakit hati..

Sedih sangat sampai terfikir jugak untuk tak nak sambung dah and tak nak buat lesen
tapi parents dah berbelanja hampir RM900 lebih untuk kos belajar ni
sanagat irresponsible la kalau aku cakap 'tak nak buat dah'
habis burn duit diorang

Takde mood langsung hari Rabu tu, dah la keesokan hari nya (hari ni) nak ambik result SPM pulak
Kalau teruk jugak, lagi tambah kesedihan, agaknya bunuh diri aku ni -_-

sebelum pergi amik result, walaupun senyum, dalam berdebar-debar
(ish tudung, time ni jugak ko buat hal!)

Hari ni menuju ke MRSM PC di temani oleh Papa and akak ku, Mama dah pergi awal, sebab dia yang pergi ambik result.
Tiba di maktab, dapat dilihat banyak wajah-wajah yang sudah lama tidak ku lihat
(Speed up sikit cerita, panjang pulak post ni nanti)
Masuk dewan, check tengok kut2 ada lagi hutang yang belum dilangsaikan.
Sebelum nak ambik result, tiba-tiba cikgu BM ku datang memelukku dan mengucapkan tahniah

Aku blur..

Lepas tu la baru pergi ambik result.
Alhamdudlilah
tetera diatas slip keputusan, straight A iaitu, 9A (specific A+, or A, or A- akan diberitahu kemudian)
Kegembiraan yang tak terkata, tak pernah dalam mana-mana ujian bulanan aku mendapat straight A..
Pastu, pergi la bersalam-salaman dengan guru-guru dan rakan-rakan

Tapi, aku sepatutnya jadi happy yang teramat sangat la kan dah dapar straight A, tapi tak happy jugak.
Minda aku masih terfikir-fikir akan kegagalan aku dalam ujian JPJ
Ingatkan, lepas dapat result dah boleh rilek-rilek dengan family, pergi jalan-jalan ke
tapi dah fail ujian JPJ, aku kena belajar lagi laa
Penattt, dah tak nak belajar kereta, dah tak sanggup menghadapi panas terik di Kotaraya dengan cikgu litar yang sangat garang tak kena tempat plus kena guna lagi clutch bodoh tu.

Walau bagaimanapun, aku happy la jugak dapat berikan yang terbaik untuk Mama and Papa
Harap-harap dapat lulus ujian JPJ cepat-cepat, tak nak dah bawak kereta manual! >.<

selepas amik result, singgah Habib Jewel, cuci mata
bukan untuk aku pun, so aku bergambar je laa

Akan ku cerita lebih lanjut tentang keputusan ujian ku selama dua tahun menetap di MRSM PC :)

Assalamualaikum...



PASTFUTURE
MY WORDS
Wonderland: A magical place filled with different wonders of the world You've step into my wonderland, my world in my perspective <3.

GIVE ME YOUR WORDS


FOLLOW ME!!


BLOG ARCHIVE

  • Debaran Minggu Ini
  • Daily Tazkirah: Empat Tahap Mendidik Anak
  • Segmen Jom Pilih Hadiah
  • Daily Tazkirah: Du'a to be shown the Truth
  • Kem Biology di Tanjung Chap Beach Resort
  • Wordless Wednesday? Nah, not for me
  • Daily Tazkirah: 5 basic duties of a Muslim
  • Euro Chocolates
  • Review Blog~
  • Daily Tazkirah: Kesilapan Wanita Semasa 'Menutup A...

  • Visit this pages!

    Akamika Gift Blogger
    Akamika Gift Facebook page
    Baby Monster
    Saidatul Nadia
    Chasing Dream
    A Secret Journey