>
wonderland~
ABOUT ENTRY
Minggu Penuh Dengan Alhamdulilah...
Friday, April 19, 2013 • 9:53 AM • 8 comments
Assalamualaikum~

11 April 2013
Merupakan tarikh yang amat ku nantikan (sebelum ni laaa)
Sebab apa? Sebab tu merupakan tarikh untuk semak jika dapat interview untuk Program Khsa Lepasan SPM 2013 MARA .
Punyala berdebar tunggu 11hb tu, tengok-tengok tak boleh check pun!!
sakit hati -_-

Selain itu, tarikh ni juga merupakan...
my mom's birthdayyy~~
Happy birthdaayyy
no presents from me because I don't have any money to buy you a present :3
hehe, dapat anak yang comel ni present laa (boleh gitu?)
Alhamdulilah, Allah S.W.T masih memberi peluang kami hidup bersama sampai ke hari ini

Bouquet of bears for my mamii <3


12 April 2013
Diumumkan bahawa sisten dia tak betul and siapa nak check boleh hubungi talian-talian yang diberi.
dengan baru bangunnya, and aku tak mandi lagi terus mencapai handphone, call pejabat MARA nak check.
Beribu-ribu (hiperbola) kali call baru dapat.
Alhamdulilah, ditetapkan interview 16hb pukul 4.30 ptg di MRSM Besut.
Lega + berdebar lagi.

Lama tu boleh check online pulak. Walaupun dah tahu dapat, check jugak takut ada kesalahn ke ape. Betul la aku dapat, tertera di laman web tersebut yang aku telah berjaya untuk interview untuk Pilihan 1 aku.
Pilihan 1 aku merupakan program American Degree Foundation Program (ADFP) Bioteknologi di INTEC UiTM (angan-angan nak study oversea makin dekat menjadi realiti, hehe, Alhamdulilah >.<) Mujur check online, kalau tak, tak isi borang yang dia nak pulak.


14 April 2013
Dikejutkan dengan panggilan oleh cikgu memandu ku, memberitahu test JPJ aku esok, 15hb tu.
Yang ni memang terkejut tahap gaban. Dah la lama tinggal belajar, tiba-tiba nak test esok.
Petang tu pergi la Kotaraya untuk last belajar. Alhamdulilah, takde masalah sangat time belajar tu tapi still takut.

15 April 2013
Pagi-pagi hari lagi bangun sebab kena pergi daftar awal untuk test JPJ tu. Aku giliran nombor 64. Mula tu berdebar yang teramat sangat, tapi dah lama sangat nak tunggu giliran, hilang la sedikit debaran tersebut (ada lagi cuma lesser :3 ) Pastu buat laa, bukit, parking and tiga penjuru. Yang tiga penjuru tayar kena line putih sebenarnya, tapi dia tak nampak, Alhamdulilah dengan pertolongan Allah S.W.T, lulus bahagian litar.

Kena tunggu pulak untuk bahagian jalan raya. Lama gak menunggu, akhirnya tiba gak giliran aku.
Mula tu keluar okay je, pastu sampai simpang nak tukar gear, gear tu keras, susah nak masuk, aku hilang kawalan stereng, hampir nak terbabas. Kena marah la dengan JPJ tu. T.T takut, ingatkan dia dah bagi fail situ. Lepas simpang tu, clear, tak buat salah dah sampai habis, hehe, Alhamdulilah lulus jugakkk jalan raya. Aku dah layak dapat lesen P! (bangga laa, ingat senang ke nak tahan kena marah dengan cikgu aku tu)

kalut susun sijil-sijil untuk esok, dah la tak muat file! -_-

16 April 2013
Hari interview MARA. Dapat tahu dari orang-orang yang sesi pagi, rupanya takde interview tapi ada test! Alhamdulilah again. Kenapa Alhamdulilah? sebab aku tahu aku takkan dapat perform well kalau interview, sebab aku ni pengecut, konfem gagap kalau interview. Walaupun aku sesi pukul 4.30ptg, bertolak pukul 11.30 lagi, sebab MRSM Besut tu jauh gak ngan rumah aku, and tak nak bagi kalut, so baik pergi awal-awal.

me in the car on the way to Besut

Pukul 1.00 dah sampai kat Besut tu. Disebabkan datang awal, aku tak jumpa budak maktab aku  yang sesi sama dengan aku kecuali Aidiq Sufi, so jalan-jalan la dengan dia, pergi cafe siap. Lapar sebenarnya tapi dah takde nasi, minum air je, huhuh. Lepas tu baru jumpa budak maktab lain, Piniey, Dina, Shafiq, Syakirin, Fudhail dan lain-lain, ramai budak maktab, macam reunion pulak jadinya, haha.

inilah aidiq sufi, ahahah

Bila dah kul 4.30, dah serahkan dokumen yang dia nak, kitorang ke Dewan Kuliah untuk jawab test tu.
100 soalan dalam 45 minit and 1 esei pendek 15 minit. 50 soalan aptitude, 50 personality gitu. Yang personality tu senang la sebab macam soalan common sense gitu, yang aptitude tu susah. Soalan English, Math, Entrepreneur, Computer, semua ada. Dia takde la susah, tapi disebabkan oleh kekurangan masa, tak sempat nak fikir tu yang jadi susah.

contoh soalan, dari nombor 1 hingga 100, ada berapa nombor '3'?
terus kira 3, 13,23 dan lain-lain jadi total 10
rupanya 19! sebab tak fikir nak kira 30, 31, 32, dan lain keluarganya. hahah

Lagi satu soalan
Bapa Mary ada 5 anak, Nana, Nene, Nini, Nunu
apa nama anak kelima?
Ramai orang jawab Nono, rupanya jawapan dia Mary laa, dah ade situ Bapa Mary, hahaha

Memang kena fokus la soalan-soalan dia >.<
Ada orang kata lepas ni ada interview pulak, ada orang kata takde dah interview
ada gak yang cakap kalau ramai pass test ni baru ada interview
harap-harap aku dapat and takde interview >>< hehe

17 April 2013
Pergi Karnival Pendidikan MARA~
Okay, takde benda sangat pun nak cerita, jalan-jalan, isi borang ni, isi borang tu..
dah bosan tu aku and kawan aku (ain irdey) jalan pergi KB Mall
(karnival tu dekat stadium and stadium tu dekat ngan KB Mall)

di KB Mall after penat redah hujan


18 April 2013
Menerima sejumlah wang dari YIK sebagai insentif kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2012. again, Alhamdulilah :)

di PUTIK, tunggu papa datang ambik, selca dulu~ hehe


Memang Allah S.W.T banyak membantu minggu ni, murah rezeki aku, cakap Alhamdulilah beribu kali pun tak akan cukup. Walaupun dah banyak Allah tolong, dengan tak tahu malunya aku mohon lagi pertolongan-Nya sebab tanpa Nya, tidak mungkin aku menerima perkara yang aku dapat sekarang :)
Ikan Bakar Kukup!
Thursday, April 18, 2013 • 10:10 AM • 5 comments
Assalamualaikum~

Alhamdulilah, rezeki hari ni, dapat duit dari YIK sebab dapat 9A.. :D
Di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), orang lain dengar ucapan, aku ngan kawan-kawan aku sibuk bergambar >.<
Tapi blur semua, so tak boleh nak upload sini, hehe



akibat kemalasan and kekalutan, pakai tudung instant Fareeda ni je
huhu, terserlah pipi kembung and muka 'mak cik'!


My mom came back from Langkawi today, yay~
and now my fridge is filled with chocolates, lots and lots of chocolate

Fatini Adlina at the airport
sempat lagi, hahah


Lapar sangat tadi, lepas ambik mama dekat airport, pergi kedai Ikan Bakar Kukup
dekat KB ni je. Tak pernah try lagi sini so saje je la nak cuba. Order benda-benda yang biasa makan dekat kedai-kedai lain, tomyam, sayur, ikan tapi tambah ketam hehe. Order 2 ketam sebab ingatkan kecik-kecik je. Patutnya boleh pilih sendiri ikan and ketam tu tapi sebab malas suruh je orang dia yang pilihkan.

Lama giler tunggu, dekat separuh dah habis milo ais aku minum.
Bila dah sampai tu, terkejutt :O



Ketam and ikan bapak besar!!!
Benda yang kitorang fikir time tu 'mesti mahal giler ni, and mesti tak habis"



Proud to say, 3 orang berjaya habiskan semua tuuu
Licin, sampai kembung perut..
Aish, dah la pipi besor dah nii, makin menambah adipose tissues (fat) la lepas nii >.<

Memang sedap! This restaurant has received my seal of approval, hakhak
It suits my family taste very well sebab semua lauk and kuah dia semua pedas-pedas~
Kitorang memang suka makanan pedas, hehe

Bila dah tiba time nak bayar, mula la risau, takut sampai ratusan ringgit,
sebab ketam and ikan harga dia ikut timbangan, besar gitu konfem la mahal kan..
Terkejut pulak kitorang dapat tahu RM 75.00 je!!

Okay, memang la RM 75 tu dah banyak, tapi tengok makanan besar and banyak gitu, we expected it'd be more expensive, setakat pergi Sri Chengmai and restaurant Captain pe entah dekat Sungai Kelantan tu, beli makanan sikit pun dah lebih RM 100, ni banyak tak sampai pun

Memang dah ade planning nak pergi makan situ pulak la lain kali, bawak ahli family ramai-ramai pergi, hehe >.<






PAST
MY WORDS
Wonderland: A magical place filled with different wonders of the world You've step into my wonderland, my world in my perspective <3.

GIVE ME YOUR WORDS


FOLLOW ME!!


BLOG ARCHIVE

  • Minggu Penuh Dengan Alhamdulilah...
  • Ikan Bakar Kukup!
  • Segment: Tagging Time~
  • Maera Ismail Giveaway 2013
  • Awesome Giveaway by thedreamgoddess
  • " GIVEAWAY HEADER PALING CANTIK BY NURUL ATIQAH AN...
  • Simple Giveaway & Contest by MSH Productions
  • Malam masuk GA and segmen habis-habisan
  • Orang Yahudi pun tahu pemakaian Hijab cara Islam.
  • Second Giveaway: Smile.

  • Visit this pages!

    Akamika Gift Blogger
    Akamika Gift Facebook page
    Baby Monster
    Saidatul Nadia
    Chasing Dream
    A Secret Journey